Sabtu, 21 Jun 2014

SESI SUAI KENAL PELAJAR BARU DAN PELAJAR LAMA FSSR UITM SHAH ALAM

aktiviti jabatan


Program Suai Kenal Pelajar Baru & Lama Ke Jabatan Seni Reka Tekstil TAMAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM, Shah AlamPada 24 Mac 2013 yang lalu, satu
program


 suai kenal diantara pelajar lama & baru anjuran Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam telah diadakan. Taman Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi program ini. Seramai 163 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar Semester 1,2,3 dan 6. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Basitah Taif selaku KPP Jabatan Seni Reka Tekstil.


Tujuan program ini dijalankan adalah untuk merapatkan jurang persahabatan serta melahirkan semangat kekeluargaan antara pelajar baru dan lama di Jabatan Seni Reka Tekstil. Selain itu, melalui program ini, para pelajar diberi peluang untuk merancang aktiviti yang berupaya memberi motivasi untuk berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kurikulum.


Aktiviti yang bertemakan 'Fear Factor' mencabar ketangkasan dan kemahiran para pelajar dalam menyelesaikan cabaran yang telah disediakan di setiap checkpoint, antaranya Who Am I dan juga Rambo Taste. Program ini telah memberi banyak manfaat kepada para pelajar dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dan seterusnya di alam pekerjaan kelak.


FSSR UITM SHAH ALAM








kelas tekstil part 4



















OMAN