Selasa, 13 Mei 2014


·    PENGENALAN KEPADA TEKSTIL
·          

                         Untuk pengetahuan semua, Tekstil adalah satu industri yang besar dan mempunyai scope yang luas. Ianya melibatkan banyak industri. Bukan hanya dalam bidang pakaian (Fesyen) sahaja bahkan banyak lagi bidang- bidang lain. Contohnya yang paling senang untuk dilihat adalah "carpet" yang banyak digunakan sebagai pelapik lantai. Banyak lagi bahan tekstil ini diguna pakai dalam bidang automotif, decoration, furnishing, garment, construction, space (pakaian angkasa) dan sebagainya lagi.

·                       Sebenarnya di Malaysia, Tekstil adalah material yang paling sinonim dengan penduduknya. Yang dimaksudkan adalah pakaian, belbagai pakaian dan jenis material digunakan untuk mencorakan sesuatu design didalam masayrakat kita. Pakaian juga dipakai oleh semua kaum dengan cara mereka tersendiri. Persoalanya, adakah mereka tahu apakah sebenarnya material yang mereka sedang pakai. Sayangnya mereka tidak menyedari dan tidak mahu ambil tahu semua itu. Jikalau mereka tahu kepentinganya, sudah pasti mereka akan rasa bertapa pentingnya Tekstil dalam kehidupan seharian dan pasti mereka akan cuba mendalami ilmu tekstil itu sendiri.
·         
          Sepatutnya semua masyarkat Malaysia patut tahu secara asas serba sedikit mengenainya. Golongan yang paling patut tahu adalah mereka yang terlibat lansung dalam industri Tekstil seperti penjual kain, pembuat batik, penjahit, pemilik butik, dan sesiapa sahaja yang terlibat lansung dalam bidang Tekstil.
·      
                        "Tahu secara asas" disini ialah mengetahui penggunaan pada tempatnya. Sebagai contoh, kenderaan manakah yang sesuai untuk masuk kehutan dan memanjat bukit? Adakah kereta yang sesuai atau pick-up ataupun track. Anda pun tentu tahu jawapanya. Sudah tentu kereta sama sekali tidak sesuai untuk memanjat bukit.
·        
                      Dalam blog ini saya cuba memasukan seberapa banyak malumat mengenai Tekstil dan Fabrik untuk menjanakan maklumat sebagai pegetauan tambahan. Saya cuba membuat pecahan kepada topik- topik besar seperti "Asas Pembuatan Tekstil" dan "Industri- industri yang terlibat secara lansung". Secara ringkasnya, dibawah adalah antara sub-topik yang akan dibincangkan lebih lanjut dari masa ke semasa:-


o    A). Asas pembuatan Tekstil
·         -  Pengenalan kepada Fiber
·        -  Pengenalan kepada Yarn/ Benang
·        -  Pengenalan kepada Fabrik
·         - Proces deying/ mewarna fabrik
·         - Produk- produk yang dihasilkan dari Fabrik.


o    B). Industri yang telibat secara langsung
·         - Pakaian dan Fesyen
·         - Penggunaan dalam Automotif
·         - Penggunaan dalam bidang Perubatan
·        - Penggunaan dalam bidang Penghotelan
·        - Penggunaan dalam Kejuruteraan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan